Jan 7, 2014

Haziyah

assalamualaikum. hai.

tergerak selepas baca cerpen seorang sahabat, Haziyah. lama dah tak bersua, berjumpa. 

teringat pula, zaman sekolah sekolah dulu, dialah yang ajar aku banyak benda. nak hidup dekat asrama. nak hidup dekat dunia.

sekarang, dia dah dekat jordan sana. dan aku pula masih di sini. dia dah besar dah.

sahabat, tetap seorang sahabat walaupun bukan hari hari kita sembang. 
sahabat, tetap seorang sahabat walaupun bukan hari hari kita jumpa.
sahabat, tetap seorang sahabat walaupun dia dah jauh daripada kita.

Haziyah, aku tiba tiba rindu kau. semoga ukhuwwah kita tak putus.

jaga diri elok elok ya Haziyah. 

Jan 5, 2014

hai

assalamualaikum. hai. salam sejahtera semoga sihat sentiasa.

baru lepas baca novel katarak karya fitri husin. dan wow tiba-tiba semangat blog datang.

sekian, terima kasih daun keladi.

Feb 13, 2013

mudah

bismillahirrahmanirrahim





alhamdulillah,tergerak hati nak berkongsi sesuatu.



indah,apabila kita buat sesuatu kerana Allah.
mudah,apabila Allah bantu kita.




betul, saya pun baru FIRST TIME mengaplikasikannya.
'sesungguhnya aku belajar hari ini kerana Engkau'
dan,alhamdulillah,segala apa yang dipelajari terasa mudah.
terasa mudah saja nak hadam sesuatu.
terus melekat dalam kepala.

ok,tipulah kalau melekat sampai bila-bila.
mestilah kena revision juga.


kalau tak silap saya,
hadis pertama dalam kitab Hadis 40 juga berkenaan niat.
nampak tak kuasa niat tu macam mana?


marilah,
kita berniat kerana ALLAH !




kuatkan semangat.




Dec 14, 2012

lama dah.

assalamualaikum.









dulu-dulu,dok sibuk berangan,
'bilalah nak habis spm?'
dan sekarang ni,
dah habis da pon.


cepat kan masa berlalu?


entah bila lagi dapat jumpa mereka yang hebat-hebat tu.

yang di bandar mahupun di luar bandar.






oh,harimau malaya.
takpelah,,takde rezeki kan,
nak buat camne lagi?
:)


Dec 24, 2011

farewell .

bismillahirrahmanirrahim.








so,
 in my last post for this year,
i wish all of you a good 2012.
new year, new you.


for you that not in 16 years of age,
pray me and my friends a good 17.
it's a very important year as we'll face the trio friend,
SPM.





see you when i see you.


move forward with Him.



Dec 15, 2011

perangkap.

assalamualaikum.












kali ini ingin berkongsi.
Solusi isu 38.artikel saudara umar m. noor.

sebuah kisah;

suatu hari, al-Hasan al- Basri berjumpa dgn seorang pemuda drpd Bani al-Shikhir.
 al-Hasan berkata kepadanya: "Nasihatilah kami, wahai pemuda".
Pemuda itu menjawab: "Aku belum layak untuk memberi nasihat, wahai Abu Sa'id".
Al-Hasan berkata: "Siapakah yang benar-benar layak memberi nasihat? Syaitan sangat suka dengan kata-kata ini. Dan ia berharap agar manusia mengambilnya sehingga tidak ada lagi yang mengajak kepada kebaikan dan melarang keburukan". 

kisah ini diceritakan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dlm kitab al-Zuhd 
dan juga Abu Muhammad al-Ramahurmuzi dlm al- Muhaddith al- Fasil.


moga-moga membuka mata.
membuka hati juga.





Nov 22, 2011

alhamdulillah.

assalamualaikum.












alhamdulillah.
yang teramat sangat.

tahniah gnong everest kepada harimau malaya di atas kemenangan bergaya menumpaskan sang garuda.

tahniah atas penyokong2 malaysia yang kerana sokongan anda telah membuahkan hasil.


YEAY!










(nampak abd rahman sujud syukur? sejuk hati.)
(marilah kita main ski kat padang bungkarno tu.)